Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak boleh macam-macam dah.. “

Bila Kawan Baik Kau Dah Kahwin, Macam Ni Lah Jadinya. Alvin Chong Kongsi Video Kenangan Bersama Pengantin Baru, Emma Maembong..

Semalam, tanggal 20.2.2020 merupakan hari yang paling bermakna buat pelakon wanita tanah air, iaitu Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar.

Emma dan pasangannya itu telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cera1 dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong. Emma tampil anggun dengan mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail.

Majlis perkahwinan Emma itu telah dihadiri 300 orang tetamu termasuk seluruh ahli keluarga pengantin perempuan, dan ahli keluarga pengantin lelaki. Rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Menerusi perkongsian oleh pelakon dan penyanyi, iaitu Alvin Chong telah berkongsi video kenangan bersama Emma Maembong ketika majlis perkahwinan tersebut. Alvin berkongsi kata bahawa kini beliau tidak perlu lagi untuk menyimpan rahsia Emma.

Tonton Video tersebut di bawah :

https://www.instagram.com/p/B8xywpAg_AO/

Rata-rata netizen turut tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat pengantin baru kepada Emma dan pasangannya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” @alvinchong123 Pandai simpan rahsia.. @emma_maembongofficial and Shazli Congratulations! “

” Congratulation sis @emma_maembongofficial .. “

” Selamat pengantin baru @emma_maembongofficial semoga pernikahan emma dan suami akan kkl hingga ke jannah.. “

” Tahniah @emma_maembongofficial semoga bahagia selalu.. alvin dah sihat ke tu, take care of yourself always.. “

” Selamat pengantin baru kak emma @emma_maembongofficia.. “

” Baru betul bff sejati simpan rahsia sampai ke akhirnya @emma_maembongofficial untung dpt bff pandai simpan rahsia selamat pengantin baru emma dgn shazli.. “

Alahai…  Comel betul Emma dan Alvin. Pandai Alvin simpan rahsia kawan baik, hari nikah baru terb0ngkar segalanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Emma dan pasangan, semoga hubungan yang dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alvin Chong, Emma Maembong, Jaydee Mohamad by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak