Connect with us

Artis / Selebriti

” Malam ni dia tau laa.. “

Mawar Rashid Kongsi Video Temubual Dengan Emma Maembong Dan Shazli Sebelum Akad Nikah, Namun Respon Pengantin Lelaki Bila Diminta Beri Ucapan Buat Netizen Terhibur. Fuhhh Lain Macam Sungguh !!

Tanggal 20 Februari 2020 pasti menjadi sejarah manis buat pelakon cantik Emma Maembong. Baru sahaja selesai majlis akad nikahnya bersama jejaka pilihan hati, Emma memilih seorang juruterbang bernama Muhammad Shazli sebagai teman hidupnya.

Emma merahsiakan pernikahannya ini sebagai menghormati permintaan kedua-dua belah keluarga. Majlis yang berlangsung secara sederhana namun meriah ini hanya dihadiri seramai 300 orang tetamu yang mana terdiri daripada ahli keluarga dan rakan karib terdekat sahaja.

Wajah Emma yang berseri-seri menyerlahkan lagi kecantikannya. Terasa sungguh aura bahagia Emma. Antara rakan karib yang menjadi jemputan Khas adalah pelakon Mawar Rashid. Mawar antara rakan-rakan artis yang mempunyai hubungan baik dan akrab dengan Emma.

Menerusi akaun Instagram Mawar Rashid, telah dikongsikan satu video di mana Mawar merakamkan detik ketika Emma sedang dimakeup dan aksi-aksi bakal pengantin baru ini sebelum majlis berlangsung. Tak sangka lucu juga Shazli ni.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Malam ni dia tau laa.. “

” Malam ni dia tau la kata husband emma.. “

” Muka suami Emma iras-iras Ahmad ang Emma tu… “

” Haha ucapan husband dia.. “Emma… “.. “

” Husband mima “malam nanti dia tahu r” .. “

” Sportingnya suami emma … “

Sweet ala-ala lawak jugak suami Emma ni. Sempat lagi dia mengus1k Emma. Dalam nervous pun senyum manis terukir, seri pengantin baru katakan. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru sekali lagi dan semoga berbahagia hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid, IG Jaydeesm by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak