Connect with us

Artis / Selebriti

” Boleh lah lepas ni Fahrin dan Uyaina jadi hos Jalan-Jalan Cari Makan, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Comel Fahrin Ahmad Dan Uyaina Arshad Ketika Mencuba Pelbagai Juadah Makanan Dalam Rancangan Wanita Hari Ini Buat Ramai Terhibur. Amboi Berselera Sunggu. Uyaina Siap Pejam Mata Menikmati Makanan, Hehe !!

Bagi yang mengikuti rancangan Wanita Hari Ini pasti terhibur dengan pengacaranya iaitu Uyaina Arshad dan Fahrin Ahmad. Apabila kedua mereka bergandingan, para penonton tak kering gusi dibuatnya melihat Fahrin dan Uyaina saling menyakat antara satu sama lain.

Meninjau di akaun Instagram WHI, telah berkongsi satu video yang memaparkan suasana Fahrin dan Uyaina sedang mengendalikan slot tentang makanan. Dari awal hingga ke akhir, video memfokuskan telatah mereka berdua sedang mencuba pelbagai juadah.

Perkongsian tersebut sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah Fahrin dan Uyaina ketika merasa juadah yang disediakan. Ada yang menyatakan yang Fahrin dan Uyaina layak menjadi hos rancangan Jalan-Jalan Cari Makan edisi 2.0 .

Sehingga kini, video telatah comel Fahrin dan Uyaina ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi Uyaina sampai terpejam mata menikmati makanan, nampak menyelerakan sangat.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai telatah Uyaina dan Fahrin di dalam video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hahahah.. Mmg ngam adik beradik nie kalo makan2.. Boleh lah lepas ni Fahrin dan Uyaina jadi hos Jalan-Jalan Cari Makan, haha.. ” 

” Suka la tengok mereka berdua menghayati makanan.. Nampak terus jadi comel, hahaha. Tolong TV3, jadikan Fahrin dan Uyaina pengacara rancangan makanan selepas ini.. “

” Uyaina ni klu tengok makanan nmpak dia berselera sgguh memang sesuai bab jmpt gerai2 mkn ni dia ngan fahrin jd host, hahaha.. “

” Tolong pairkan Fahrin dan Uyaina  untuk segmen makan2 ni. Kelakar comel seronok tengok telatah dorang makan macam si abang bawak adik gi makan.. “

” Sy nak apply jd pengacara hari selasa boleh tak haha.. Adoi kita yang tengok pun terliur kalau Fahrin dan Uyaina makan, penuh perasaan betul makan dorang ni makan.. “

” Maybe Tv3 boleh adakan Jalan² cari makan 2.0 dan suruh Uyaina n Fahrin ni jd hos sb tgk dorg betul² nikmati makanan tu, hahahaha.. “

” Cukup terhibur kalau tengok Abg Fahrin dan Kak Uyaina makan.. Asyik tak sabar nk tggu hari selasa sbb nak telatah Abg Fahrin dan Kak Uyaina makan.. “

Memang sesuai lah Uyaina dan Fahrin menjadi hos rancangan makanan. Kedua-dua mereka kalau makan apa-apa pun memang nampak begitu menyelerakan sehingga mampu membuat yang melihat pun akan menjadi terliur. Apa-apa pun semoga Fahrin dan Uyaina akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG whitv3, TikTo0k whitv3malaysia_official

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Continue Reading

Trending

Copyright © Berita Kopak