Connect with us

Artis / Selebriti

” Zara macam mana boleh tajuk lagu ni macam kisah zara, lagu dah 2 tahun tapi macam betulkan kisahnya.. “

Zara Zya Kongsi Video Throwback Nyanyiannya Bersama Komposer Ippo Hafiz. Tapi Lagu Tu Macam Sesuatu Sangat Dengan Zara. Kebetulan Yang Jadi Kenyataan !!

Drama yang baru sahaja berakhir semalam, Seadanya Aku membuatkan nama para pelakonnya menjadi sebutan ramai. Salah seorang yang mendapat tempias drama ini adalah heroinnya Zara Zya. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin berasal dari Lenggong, Perak.

Dilahirkan pada 22 Oktober 1985, pelakon cantik ini mula dikenali menerusi lakonannya di dalam drama Love You Mr Arr0gant. Populariti Zara semakin bersinar dan naik di dalam dunia seni apabila beliau berjaya merangkul banyak anugerah berprestij antaranya Anugerah Meletop Era dan ABPBH 2012.

Selain lakonan, Zara juga giat menjalankan aneka perniagaan antaranya tudung dan sambal. Menyingkap sejarah kehidupan peribadi Zara, beliau pernah menjalin hubungan cinta bersama aktor Hafreez Adam pada April 2018. Hubungan mesra ini membawa mereka kepada ikatan pertunangan pada 12 Oktober 2019.

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk disatukan pada tahun 2020. Namun sayangnya jodoh tidak memihak kepada mereka. Setelah sebulan ikatan pertunangan itu terler4i dan mereka membawa haluan masing-masing. Sehingga kini Zara selesa berstatus single dan menumpukan kepada kerjaya.

Menerusi akaun Instagram, Zara Zya telah berkongsikan satu video rakaman ketika beliau bersama komposer Ippo Hafiz sedang membuat latihan nyanyian lagu Tiada Dend4m. Merdunya dengar alunan suara Zara, penuh penghayatan. Tapi lagunya macam kena sangat dengan kisah kecew4nya.

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/B83DVLLn1YK/

Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sedapppppppppp go kakak.. Adik pom pom support setinggi tinggi Impianmu.. “

” Love this song! Love your voice too!.. “

” Saya suke laaa, merdu sangat suara zara zya.. “

” Terbaiklah suara kak zya.. “

” Sedapnya suara kak zara!!!!!.. “

” Meltingnya dengar suara kak zara.. “

” Wehhh aku je ke yang tak tahu zara boleh nyanyi. Suara padu si0ttt.. “

” Zara macam mana boleh tajuk lagu ni macam kisah zara , ni lagu dah 2 tahun lama kan tapi napa boleh macam betulkan kisahnya.. “

Kebetulan pulak lagu nyanyian Zara ni macam terkena pulak dengan kisah hidupnya. Apa pun suara Zara memang sedap didengar. Merdu lunak je. Halwa telinga yang menyenangkan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zara semakin cemerlang dan bersinar di dalam karier lakonan dan juga nyanyian. Aamin..

Untuk dengar lagu penuh, sila tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zara Zya, Youtube Channel Life Records Malaysia by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak