Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandainya simpan rahsia. Congrats Emma.. “

Video Akad Nikah Emma Maembong Bersama Pilihan Hatinya Muhammad Shazli. Handsome Sangat Suaminya. Selamat Pengantin Baru Emma. Tahniah !!

Pelakon drama popular Tersuka Tanpa Sengaja, Emma Maembong bukanlah muka baru di dalam dunia seni hiburan tanahair. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail adalah anak kelahiran negeri Terengganu dan merupakan kakak kepada pelakon Cha Cha Maembong.

Terdahulu, Emma pernah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktor Kamal Adli dan pelawak Zizan Razak namun jodoh tidak tertulis antara mereka. Emma yang memiliki wajah raut putih mulus membuatkan peminat tidak puas melihat wajahnya itu.

Beberapa hari lalu, desas desus berbunyi bahawa Emma bakal mengakhiri zaman bujangnya namun tiada jawapan dan kepastian dari Emma sendiri. Namun dilaporkan tarikh 20.02.2020 disebut-sebut sebagai tarikh pernikahan Emma dengan seorang juruterbang bergelar Mr S.

Menerusi akaun Instagram Jaydeesm, telah dikongsikan video Majlis Akad Nikah Emma Maembong bersama pasangannya Muhammad Shazli. Dihadiri cuma ahli keluarga dan teman rapat, majlis ini sudah cukup terasa kemeriahannya. Tahniah Emma dan Shazli !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen gembira dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Congratulations Emma dan suami. Semoga bahagia hingga ke jannah.. “

” Congratulation walaupun baru tau ni hari.. 20.02.2020 cantik tarikhnya.. “

” Alhamdulillah. Tahniah emma. Bagus la macam ni. Tak kepon pun masa bercinta. Tahu-tahu dah nak kawen.. “

” Tahniah semoga bahagia hingga ke jannah.. “

” Pandainya simpan rahsia! Congrats Emma !.. “

” Sempat kenyit mata tu.. Haha comel.. “

” Dia kenyItt mataa part last tu.. Auch anyway congratulations Emma and Shazli.. “

Sama cantik sama padan, macam pinang dibel4h dua. Bahagia melihat wajah-wajah kesayangan gembira meraikan majlis penyatuan Emma dan Shazli ini. Shazli pun nampak nakal dengan kenyit4n matanya tu. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selalu Emma. Tahniah !

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Jaydee Mohamad, IG Emma Maembong by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak