Connect with us

Artis / Selebriti

” Gempak weii kek tu.. “

Majlis Resepsi Zahirah dan Aiman Hakim Ridza Yang Sangat Sempurna Dan Meriah. Kek Kahwin Dia Bukan Kaleng-Kaleng Tu. Lain Dari Yang Lain Ni !!

Pasangan pelakon romantis, Aiman Hakim Ridza dah Zahirah Macwilson telahpun selamat diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah pada 20 Februari 2020. Peminat terutamanya kelab peminat mereka adalah insan yang paling teruja melihat hari bahagia pasangan kesayangan ramai ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Zahirah sah menjadi isteri kepada Aiman. Pasangan ini yang mula menjalin hubungan cinta setelah bergandingan di dalam drama popular Cur1 Cur1 Cinta mengik4t tali pertunangan pada 8 Jun 2019 di Perth. Setelah 7 bulan mendalami dan mengenali hati budi masing-masing, akhirnya pasangan ini mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka kepada ikatan yang sah.

Semalam 21 Februari berlangsung pula majlis resepsi mereka yang penuh meriah. Dekorasi dan suasana yang penuh dengan alunan muzik berbaur cinta membuatkan keadaan berasa amat tenang dan mendamaikan. Kedua-duanya nampak sangat bahagia begitu juga keluarga kedua-dua belah pihak.

Menerusi akaun Instagram Zahirah.aiman.fc, telah dikongsikan gambar dan video kek perkahwinan Zahirah dan Aiman yang sangat menarik. Dibuat seperti chandelier, keknya menakjubkan apabila turun dari atas siling. Wow sangat keknya sampai pengantin pun terpeg0n!

Jom tonton video di bawah :

Wah cantik sangat keknya macam chandelier yang penuh dengan berlian. Bersinar-sinar dan berseri umpama gambaran perasaan pengantin baru alami ketika itu.

Dan katanya pengantin sendiri tidak perasaan dan mengetahui bahawa kek kahwin mereka akan dihias sebegitu rupa. Nampaknya kej0tan yang menarik dari keluarga Zahirah yang menguruskan sendiri majlis ini.

Antara gambar lain yang menarik :

Alhamdulillah telah selesai resepsi bagi pasangan Zahirah dan Aiman. Kelancaran majlis dan keriahannya pasti akan menjadi sejarah manis buat kedua-dua mempelai. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah sekali lagi dan selamat pengantin baru. Moga berbahagia selalu hendaknya.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah.aiman.fc, IG Rizal_hakimm by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak