Connect with us

Artis / Selebriti

” Tenang je Aiman lafaz nikah, macam dalam drama.. “

Video Majlis Akad Nikah Aiman Hakim Ridza Dan Zahirah Macwilson. Pasangan Yang Sama Cantik Sama Padan !!

Malam ini merupakan tarikh yang bersejarah buat pelakon cantik, Zahirah Macwilson dan pasangannya Aiman Hakim Redza kerana mereka telah disatukan sebagai pasangan suami dan isteri. Setelah lama menyulam cinta akhirnya kini mereka sudah melalui fasa kehidupan yang baru.

Zahirah merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur namun dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Beliau yang mempunyai dar4h kacukan British di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya. Zahirah juga mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.

Aiman pula merupakan seorang pelakon, penyanyi dan bekas pemain bola sepak amatur Malaysia. Beliau mula mencipta nama dalam bidang hiburan tanahair apabila menjadi peserta rancangan realiti TV Mentor kelima di TV3. Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2019 di rumah kediaman keluarga Zahirah di Perth, Australia.

Menerusi akaun Instagram, video upacara pernikahan Zahirah dan Aiman telah dikongsikan. Aiman kelihatan tenang ketika melafazkan akad nikah dan dengan sekali lafaz sahaja Zahirah sah menjadi milik Aiman. Tahniah diucapkan.

Tonton video di bawah :

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan raja sehari ini. Antara komen-komen mereka :

” Tenang je Aiman lafaz nikah, macam dalam drama.. “

” Allhamdulillah… Semoga kekal hingga ke jannah. . “

” Alhamdulillah syukur dah sah jadi psgn suami isteri #zahirAH semoga berkekalan hingga akhir hayat dan bahagia ke Jannah  aamiinnnn .. “

” Tahniah pasangan cantik.. “

” Alhamdulillah Tahniah Aiman dan Zahirah. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah.. “

” Finally pasangan yg ditunggu tunggu.. “

Sama cantik sama padan bak pinang dibel4h dua. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Zahirah dan Aiman. Semoga jodoh anda berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak