Connect with us

Artis / Selebriti

” Kenapa baru sekarang nak buat sidang media.. “

Setelah Lagu Sump4h Menang AJL 34, Bekas Kekasih Naim Daniel, Dayana Amerda Tuntut Hak Cipta Bersama. Dah Apa Kes Ni. Rasa Dah Settle Tiba-Tiba Muncul Balik. Komen Che Ta Turut Cur1 Tumpuan Netizen !!

Anugerah Juara Lagu 2019 baru sahaja berlalu minggu lalu dan lagu Sump4h dendangan Naim Daniel berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu. Penyanyinya Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel bin Baharin merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur yang dilahirkan pada tanggal 9 September 1997.

Sejak lagu Sump4h menjadi siulan ramai tahun lalu, berbagai spekulasi tentang lagu ini diperkatakan. Apatah lagi bila lagu ini dikatakan adalah ciptaan bersama Naim dan bekas kekasihnya Dayana. Dayana atau nama penuhnya Siti Amirah Dayana merupakan bekas juara Idola Kecil 2011 kini merupakan isteri kepada pelakon Hadi Mazlan.

Memetik laporan Metro Harian bertarikh 17 Julai 2019, isu hak cipta bersama ini sudahpun diselesaikan antara pihak Naim dan keluarga Dayana. Ibu Dayana juga pernah memaklumkan Naim pernah menghubunginya dan meminta maaf atas segala isu yang timbul dan permohonan maaf itu diterima. Setelah itu, isu hak cipta lagu Sump4h ini reda dan lagu ini terus melonjak naik sehingga tercalon ke peringkat akhir AJL.

Menerusi akaun Instagram Officialhlive, telah dikongsikan rakaman video di mana satu sidang media diadakan oleh pihak Dayana Amerda berkaitan isu hak ciptaan bersama lagu Sump4h dendangan Naim itu. Terkilan dan duk4cita kerana namanya langsung tidak disebut sebagai pencipta bersama. Dah ni apa kes pulak ye.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terkilan dengan tindakan Dayana ini. Antara komen-komen netizen :

” Dulu tak maju nak heb0h… Bile dah menang baru nak kec0h aduii.. “

” Kes dulu tu dah settle… Dah menang bukak kes balik.. “

” Betul.. Selalu keluar radio kenapa tak lar4ng mar4h.. Ehhh dah men4ng baru nak sib0k pulakkk.. “

” Maaf bercakap, bukan di mana-mana pihak, tetapi kenapa lepas menang AJL baru timbul… Kenapa tak dari dulu???.. “

” Kenapa baru sekarang nak buat sidang media ???.. “

” Aikkk? Bukan hari tu dah settle dan move on ke?.. “

” Kalau lagu tu tak menang mesti tak bangkit isu ni kan kan kan.. “

Bukan setakat netizen, pelakon cantik jelita Rozita Che Wan pun nyata kurang senang dengan pertikaian semula isu ini :

Alahai ada lagi rupanya isu hak cipta bersama ni. Ingatkan semua dah selesai tahun lalu. Apa pun, sama-sama kita nantikan respon daripada Naim Daniel. Kami di Berita Kopak mendoakan segalanya dipermudahkan bagi kedua-dua belah pihak dan jalan penyelesaian dapat diambil dengan tenang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG OffcialHlive, IG Naim Daniel, IG Dayana Amerda by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak