Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya Zahirah.. “

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Malam Berinai Zahirah Mcwilson Dan Aiman Hakim Ridza Bertemakan Bollywo0d. Wah, Berseri Wajah Bakal Pengantin !!

Umum sudah mengetahui pasangan merpati dua sejoli ini, Zahirah Mcwilson dan Aiman Hakim Ridza telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2019. Majlis yang diadakan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga sahaja telah dilangsungkan di kediaman keluarga Zahirah di Perth, Australia.

Hubungan percintaan pasangan pelakon drama Curi Curi Cinta ini bukan lagi rahsia. Ini kerana mereka sering berkongsi gambar mesra bersama di akaun Instagram masing-masing. Pasangan ini sememangnya merancang untuk mendirikan rumahtangga pada Februari ini.

Zahirah yang merupakan anak kepada pelakon Zainol Mcwilson telah memilih Aiman kerana sikap Aiman ada pada ciri-ciri lelaki idamannya. Hubungan mereka juga turut mendapat restu daripada bapa Zahirah yang turut memuji sikap baik Aiman.

Menerusi akaun Instagram, beberapa video majlis malam berinai Zahirah Mcwilson dan pasangannya Aiman Hakim Ridza telah dikongsikan untuk tatapan para peminat mereka. Majlis yang bertemakan Bollywo0d kelihatan begitu meriah sekali.

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/B8wGYcSHb6D/

Rata-rata peminat memuji kecantikan Zahirah dan mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Antara komen-komen peminat :

” Semoga Allah prmudahkn sgla urusan.. “

” Cantiknya zahirah.. “

” Cantik sangat.. “

” Omg cantik plamin.. “

” Cantiknya warnanya… “

Wah, berseri-seri wajah bakal pengantin kita ni. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan Aiman kerana bakal bernikah tidak lama lagi. Semoga urusan mereka dipermudahkan sehingga ke majlis pernikahan dan persandingan mereka pula.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Aiman Fan, Lovezm 95 by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Continue Reading

Trending

Copyright Β© Berita Kopak