Connect with us

Artis / Selebriti

” Agak-agak berapa harga jam tu, mesti mahal. Rezeki Naim.. “

Video Shuib Sepahtu Hadiahkan Jam Kesayangan Beliau Kepada Juara Anugerah Juara Lagu, Naim Daniel Buatkan Netizen Rasa Terh4ru.

Berlalu sudah majlis Anugerah Juara Lagu kali ke-34, namun bah4ng kehang4tan juara masih tidak hilang lagi. Naim Daniel dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu dengan membawa lagu ‘Sump4h’ sebagai pertar0han beliau pada majlis tersebut.

Lagu Sumpah hasil ciptaan sendiri oleh Naim Daniel dan Omar K telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Ini adalah kali pertama buat Naim Daniel melayakkan diri dalam pertandingan berpretij itu.

Naim Daniel yang juga merupakan seorang pelakon dan mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak beliau muda lagi. Berkelulusan dalam jurusan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Sebelum ini, Naim pernah mengeluarkan 2 lagu single berjudul Sekali lagi dan Sempurna.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram AJL TV3, telah berkongsi satu video yang merakamkan Shuib Sepahtu, yang juga penyampai di radio H0t FM telah menghadiahkan jam kesayangannya kepada Naim Daniel sempena kejayaan Naim menjadi juara pada Anugerah Juara Lagu kali ke-34 baru-baru ini.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah :

https://www.instagram.com/p/B8ZCx28Bi4z/

Rata-rata netizen terharu melihat video yang telah dikongsikan itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Agak2 bpe hrga jam tu… Mesti mhl… Rezki Naim.. “

” Terbaik bro @shuibsepahtu . #MoreYouGiveMoreYouGet . Rezeki tak pernah salah alamat. By da way, tahniah @naimdanielx atas kejuaraan mu dengan #Sump4h di Pentas #ajl34.. “

” Semoga dimurahkan rezeki untuk semua.. “

” Baik shuib… Moga Ber tambah murah reziki shuib ye.. “

“Awesome la @shuibsepahtu . Sebaik baik pemberian yg kita beri pd org adalah brg kesayangan kita.. Itu sunnah Nabi Muhammad SAW memberi kpd org yg lakukan sunnah juga, pakai tangan di tangan kanan @naimdanielx u deserve.. “

” ND.. U deserve the award. Teruskan berkarya. Be yourself.. “

Alhamdulillah.. Rezeki Naim tu. Terharu Naim dapat jam daripada Shuib. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Shuib dan Naim sentiasa dimurahkan rezeki, semoga segala urusan kalian dipermudahkan sentiasa oleh Allah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG AJL TV3, Naim Daniel by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak