Connect with us

Artis / Selebriti

” Kenapa cantik sangat TokTi. Dah macam sebaya dengan menantu jaa.. “

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Baby Shower Izara Aisyah. Wah, Cantik Sungguh Tema Warna Dan Dato’ Siti Nurhaliza Comel Sangat !!

Umum mengetahui bahawa pelakon dan model cantik, Izara Aishah kini sedang berbadan dua. Izara telah berkahwin dengan Adib Khalid yang merupakan anak tiri penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan anak kepada ahli perniagaan terkenal Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017. Setelah 2 tahun berkahwin barulah pasangan ini dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung mereka. Izara pada awalnya menyembuny1kan berita kehamilannya dan mengumumkan setelah kandungan mencecah 6 bulan.

Terdahulu, beliau juga merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Izara mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem. Beliau pernah memenangi Anugerah Stail EH! untuk ketegori Selebriti Paling Fotogenik pada tahun 2017.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi gambar-gambar sekitar majlis sambutan Baby Shower Izara. Dengan tema berwarna mint green,majlis tersebut dilihat begitu indah sekali. Dato’ Siti turut berkongsi gambarnya bersama menantu dan turut hadir bekas isteri Dato’ Seri Khalid iaitu ibu kepada Adib.

Rata-rata netizen memuji tema warna yang dipilih. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya this color combo. very soothing.. “

” Cantek sgt kaler nie…sweet n soft.. “

” Cantik giler warna nih.. “

” Knp cntekk sgt tokti  ..dh mcm sebaye dgn menantu jaa.. “

” Always cantik.. “

Antara gambar-gambar yang dikongsikan:

Memang berseri-seri wajah penyanyi nombor 1 malaysia ini

Nampak anggun masing-masing memakai pakaian berwarna mint green

Penampilan Dato’ Siti turut menarik perhatian kerana beliau kelihatan seperti sebaya sahaja dengan menantu-menantunya. Dato’ Siti dikira beruntung kerana masih muda tetapi akan mendapat cucu yang ketiga. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga dipermudahkan urusan Izara Aishah untuk bersalin nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Nurhaliza , Izara Aishah by Berita Kopak 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak