Connect with us

Viral

” Rilek je orang sana tak pandang pun, kalau kat sini mesti dah pelik.. ” – Netizen

Video Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Selamba Menari Lagu Hindustan Di Tengah Jalan Raya Ketika Berada Di Jepun Raih Perhatian Ramai. Wah Orang Kat Sana Macam Tak Hirau Yer. Kalau Kat Sini Mau Orang Pandang-Pandang, Hehe !!

Pasangan romantik Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sememangnya gemar merakamkan video bersama. Kebanyakkan video mereka yang dikongsikan di media sosial sentiasanya nampak sweet dan juga romantik.

Terbaru di Instagram Wawa, sebuah video yang memaparkan Wawa dan Aeril menari lagu hindustan di tengah-tengah bandaraya di Jepun telah dikongsikan. Rasanya sudah lama pasangan ini tidak merakamkan tarian berlatarkan lagu hindustan.

Kedua-duanya berpakaian sedondon berwarna putih dan krim tetap begitu santai dan selamba menari di tengah bandaraya. Apa yang membuat ramai netizen perasan ialah keadaan orang sekeliling yang tidak menghiraukan gelagat mereka.

Ini cukup menunjukkan yang masyarakat di sana sangat berbeza dengan di Malaysia. Hal ini membuatkan video tersebut sangat real seperti rakaman sebuah filem pula. Kedua-duanya pula sememangnya pandai menari.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Suka betul lah kalau tgk wawa n aeril buat video hindustan .. cuma tahu wawa beli jaket tu kat mana je. penat dh cari jaket utk wife tk jumpa2.. “

” Comelnya.. Sempat lagi  sambil mood travel.. MasyaAllah.. suka betul lah tgk 2 org ni.. Kak Wawa bila je tak cantik.. “

” Best nye dpt pasangan sporting macam ni, laki saya ajak bergambar pun susah kena p4ksa je .. Comelnyeee lovebird.. “

” Nasib kt luar negara ini lau kt tgh jalan mesia nii mau tepi2 tu pnuh dah warga asing menengoknyerr.. “

” Bgus org2 kat sana tk ada masa nak sibuk hal org.. kalau kat Malaysia ni comfirm² dorg sibuk gelak² n pelik tgk Kita nari².. “

” Yg paling win mcm real dalam movie kalau acting. peoples surrounding tak tgok pun klau diorang menari. Lain kat malaysia,, mesti orang akan tgok2.. “

” Rilek je org sne tak pandang2 pon huu kalo kt sini mesti dh pelik. dh knp org ni ? on the road pon jd.. Mcm pasangan baru bercinta.. “

Walaupun sambil bercuti, pasangan ini masih sempat untuk merakamkan video sebegini. Sememangnya serasi bersama buat Wawa dan Aeril ni. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak