Connect with us

Artis / Selebriti

” Semua pandai simpan rahsia.. “

Dato’ Rizalman Buat Kej0tan Di Konsert Kesuma Jiwa Dengan Penampilan Hael Husaini Berganding Suara Bersama Dayang Nurfaizah. Wah Betul-Betul Istimewa Ni !!

Sejak dari pengumuman rasmi konsert Kesuma Jiwa oleh Dato’ Rizalman, ianya seakan menjadi fenomena dan buah mulut para peminat fesyen. Menampilkan kelainan dengan menggabungkan fesyen dan muzik. Konsert ini bakal disempurnakan oleh penyanyi Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi lagu klasik sepanjang konsert ini berlangsung.

Kesuma Jiwa mencatat rekodnya tersendiri apabila semua tiket habis dijual hanya dalam masa 15 minit. Dato’ Rizalman yang sering berkongsikan status dan perkembangan terkini persiapan konsert ini juga membuatkan peminat menjadi tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Dayang dan Dato’ Rizalman sendiri.

Bulan berganti bulan, akhirnya detik yang dinanti sudah pun menjelma. Memilih tarikh cantik 20 Februari 2020 sebagai tarikh konsert bersejarah ini. Menyaksikan persiapan pentas dan rehearsal mereka sahaja sudah menggambarkan betapa meriahnya konsert Kesuma Jiwa ini.

Menerusi akaun Instagram Eastzue, telah dikongsikan satu video rakaman konsert Kesuma Jiwa oleh Dato’ Rizalman yang sedang berlangsung 20.02.2020. Nyata Dato’ Rizalman membuat kej0tan apabila Hael Husaini turut sama bergandingan suara bersama Dayang Nurfaizah. Amboi pandai betul sor0k rahsia ni!

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/B8yuje8lqA0/

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini . Antara komen-komen netizen :

” Semua pandai simpan rahs1a kerajaan.. “

” Sukanya tengok.. “

” Bangga jadi orang pahang.. “

Meriah sungguh konsert Kesuma Jiwa Dato Rizalman ni. Penuh dengan kej0tan yang buatkan penonton bersorak gembira. Satu konsert yang memartabatkan budaya dan lagu klasik Melayu yang tak lap0k di telan zaman. Tahniah Dato’ Rizalman atas kelainan ini. Terbaik !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eastzue, IG Rizalman, IG Hael Husaini Fan by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak