Connect with us

Artis / Selebriti

” Ingat ke Neelofa. Cantik lah Kak Shiera.. “

Penampilan Sharifah Shahirah Yang Mengenakan Hijab Dapat Pujian Netizen. Wahhh Cantik Sangat Shiera, Sump4h Tak T1pu !!

Penyampai radio, Sharifah Shahirah siapa tidak kenal akan celotehnya yang sentiasa tidak henti menghiburkan pendengar radio. Ada sahaja topik yang dijadikan cerita beliau buatkan sesiapa sahaja mendengar tidak kering gusi untuk ketawa.

Selain menjadi penyampai radio, beliau yang lebih senang dipanggil Shiera merupakan seorang pengacara televisyen, dan pelakon. Kelebihan beliau dalam melawak telah membawa tuah ke dalam dunia hiburan. Malah, dengan gaya bersahaja yang ditunjukkan beliau dalam melawak sudah buatkan sesiapa sahaja sudah terhibur.

Ibu kepada lima orang anak ini juga merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah dan adik kepada pelakon 90- an iaitu Sharifah Haslinda.  Shiera mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini, sezaman dengan Didie Alias, Nina Juren, Ahmad Idham, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Menerusi perkongsian terbaru Shiera di Instagram, didapati kini Shiera telah menukar penampilan baru dengan mengenakan tudung. Apabila dilihat, beberapa gambar terkini, telah memuatnaik gambar beliau bertudung dan telah mencur1 perhatian netizen.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata peminat Shiera memuji Shiera yang kelihatan sangat cantik dengan mengenakan tudung dan mereka juga turut mendoakan Shiera. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Cantik kak, takpe slow slow je berubah. Yang penting niat dah ade.. “

” Cantik sgt berhijab …  Moga terus istoqomah kakak cantik.. “

” Cantik Shiera pakai tudung.. Manis sgt sejuk mata memandang.. “

” Sekali tgok mcm Neelopa.. Hahahha.. “

” Halah2… Nmpk muda je akak ni.. “

” Ingt ke Neelofa.. Cantik la K.Shiera.. “

” Masyallah sejuk ati ambo nengok muuuu beb @shieraijoy.. “

” Cantik.. Nmpk lebih muda.. Smoga istiqamoh kak Rara .. “

Alhamdulillah… Cantik betul Sharifah Shahirah bertudung. Memang perasan pun kalau tengok dekat akaun Instagram beliau, banyak gambar diambil kini dengan imej bertudung. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Shiera terus beristiqomah dan semoga dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Ijoy by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak