Connect with us

Artis / Selebriti

” Yang mewah tak tayang lagi. Yang biasa-biasa tayang la.. “

Kongsi Baru Beli Kereta, Amar Baharin Diperl1 Netizen. Tak Sangka Ini Respon Amar Kan Dah Kena. Hahaha !!

Amar bin Mohd Baharin ialah seorang pelakon dan model. Beliau telah memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009. Nama beliau semakin dikenali kerana drama rantaian slot Akasia TV3 Kerana Terpaks4 Aku Relakan dengan memegang watak sebagai Tajul Razin.

Amar merupakan suami kepada pelakon jelita, Amyra Rosli. Kisah cinta mereka terjalin apabila  sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong. Mereka pertama kali bekerja sama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh Tersuka Tanpa Sengaja.

Baru-baru ini pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi perempuan pada 2 Februari 2020 dan telah diberi nama, Ayra Aryssa. Khabar gemibra itu turut dikongsikan oleh mereka kepada umum menerusi laman media sosial.

Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram, Amar telah berkongsi berita gembira bahawa beliau baru sahaja membeli kereta. Gambar yang dikongsikan itu, Amar bersama seorang salesman sedang bersalaman dan di belakang mereka terlihat kereta baru Amar iaitu perodua Bezza.

Ikuti perkongsian Amar di bawah :

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada Amar. Antara komen-komen mereka :

” Bgus lah ammar dgn amira ni…. Rleks je pkai krte malaysia.. Xde nk blumba2 pkai krte mewah2 kan…… So humble…… I like… “

” Alhamdulillah. Tahniah rezeki anak2.. “

” Tahniah abg Amar dapat kereta idaman .. “

” Bagusnya Amar.. Tahniah.. Bersederhana Sgt walaupn mampu.. So humble.. Byk jimat.. “

” Alhamdulillahhh,, moge bertambah rezeki ammar sekeluarga.. Dan tahniah ad kehadiran ayraarissa.. “

” Tahniah amar dpt jgak no 2020 tu… Rezeki ank isteri tu.. “

” Alhamdulillah tahniah abang @amarbaharin .. “

 

Namun, ada seorang netizen memberikan komen menyind1r Amar. Siapa sangka, Amar turut memberi respon kepada komen netizen tersebut.

Aduhai.. perlu ke komen macam tu ?? Amar hanya berkongsi momen indah beliau sahaja yang baru membeli kereta. Beli kereta mahal cakap riak, beli yang murah diperl1 pulak. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap Amar tidak berkecil hati dengan komen tersebut, dan semoga Amar sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amar Baharin by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak