Connect with us

Artis / Selebriti

” Warna dah pudar, tarikh luput dah dekat.. “

Promo Drama Chandelier Oleh Michael Ang Buat Netizen Ketawa Berdekah. Dialog Ben Amir Pada Dato Seri Vida Tu Mak Aii Sentap. Kelakar Ter0k !!!

Siapa tidak kenal pengarah kreatif dan berbakat besar Michael Ang. Anak kelahiran Alor Gajah Melaka ini dilahirkan pada 16 Mac 1976 dengan nama Michael Ang Hai Swee. Lebih mesra dipanggil Mike, setiap karya seninya pasti mendapat perhatian peminat drama tempatan.

Selain mengarah, Mike juga adalah seorang pelakon, penerbit dan penulis skrip. Antara drama lain di bawah arahannya adalah Dalam Hati Ada Taman, Projek Memikat Suami, Rahsia Perempuan , Suri Hati Mr Pilot dan Sweet Dream. Sweet Dream menjadi drama trending untuk tahun 2019 yang lalu.

Terkini Mike telahpun selesai membuat penggambaran drama berjudul Chandelier di mana pelakon utamanya adalah Ben Amir dan Mimi Lana. Mike yang peramah sememangnya berhubungan baik dengan jutawan kosmetik Dato Seri Vida dan dek kerana lokasinya di Ipoh, rakannya ini mengunjungi set lokasi seperti dikongsi di Instagram.

Menerusi akaun Instagram, Michael Ang telah berkongsikan satu video di mana kelihatan pelakon utamanya, Ben Amir sedang bermadah pujangga bersama Dato Seri Vida. Namun yang melucukan adalah dialog Ben dan reaksi Dato Vida yang buat netizen ketawa terbahak-bahak. Amboi bukan main lagi promo Michael ni. Lain dari yang lain !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sporting habis dato Vida…. “

” Terhibur kita malam-malam ni … Cikkkkk Bbb!!.. “

” Wheeyyyyy… Sak1t perut gelak wheyyyyyyy.. “

” Dah macam superman pun ada Si Kaef ni bila Keisha panggil. Adoi.. Lawak la Mike ni. Ada je idea dia.. “

” Rare.. Lain maciam.. Bukan beshe-beshe promo.. “

” Promo bukan bishe bishe niiii.. “

Gil4 lawak promo drama Micheal ni. Macam masuk sangat dialog dengan mimik muka Dato’ Vida tu. Menghiburkan sungguh lah gelagat mereka ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Michael dan team Chandelier akan mendapat tontonan tertinggi dan berjaya membuat penonton terpacak di depan TV nanti.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Michael Ang by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Continue Reading

Trending

Copyright © Berita Kopak