Connect with us

Artis / Selebriti

” Padan muka raksas4 rembat pakai sudip je. Haha.. “

Video Fad Bocey Ingin Bertukar Menjadi Kamen Rider Namun Telah Dipuk0l Oleh Isterinya Kerana Bermain Permainan Anak-Anak. Ad0iii, Ni Bapa Yang Terlebih Teruja Nak Jadi Super Hero !!

Muhamad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak terkenal di Malaysia iaitu Bocey. Kumpulan Bocey dianggotai oleh Abam dan Achey. Kumpulan ini hampir setiap tahun menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega.

Selain daripada menjadi seorang pelawak, Fad turut menceburkan diri dalam dunia penyiaran dengan menjadi penyampai radio (DJ) untuk stesen Radio Era FM. Beliau juga pernah menjadi pengacara dalam Lawak Solo pada tahun 2016 dan Gegar Lawak pada tahun 2018.

Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dengan pilihan hatinya iaitu Nur Syahirah A. Rahman. Mereka telah dikurniakan 3 orang anak di mana sepasang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan. Baru-baru ini mereka telah berangkat ke Jepun untuk bercuti di sana.

Menerusi akaun Instagram, Fad berkongsi satu video yang begitu menghiburkan. Fad memakai suit mainan anaknya Kamen Raider dan bertindak seolah-olah sebagai hero. Belum sempat beliau bertukar menjadi Kamen Raider, isteri Fad terus memuk0lnya dengan senduk dan meminta beliau membuka permainan tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat keluarga ini. Antara komen-komen mereka :

” Padan muka raksaks4 rembat pakai sudip je hahahahhaa.. “

” X sempat nk bertukar dh kena puk0l ker.. “

” Haha.. Jeng.. Kene sudip.. “

” Udah mcm cite doremi, yg ahli mesyuarat tingkap kne tarik telinga, tp deme ni kelakar, aku suke tgk… “

” Hahaha last2 kena dgn senduk.. “

” Adoi lawak laa HAHAHAHA sporting jer suami isteri ni.. “

” Hahah . . . Ini bru x tkot bini . . . ‘Kau bukak balik mainan anak’ trus tengkuk kedalam . . HahahA.. “

Wah, nampak seronok permainan tersebut dan ia tiada dijual di Malaysia. Pasti anak-anak Fad seronok memborong di Jepun ye. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Fad dan isteri serta anak-anak. Jangan lupa jaga keselamatan dan kesihatan di sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey by Berita Kopak 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak