Connect with us

Artis / Selebriti

Aaisyah menari #anysongchallenge. Comel sangat !!

Azim Wahab, Jurugambar Keluarga Rozita Che Wan Kongsi Aksi Aaisyah Dhia Rana Menari. Amboi Lincah Sangat Ni !!

Nama Rozita Che Wan dan Zain Saidin bukan nama asing di dalam dunia seni hiburan. Pasangan yang penuh dengan sikap romantis dan manja ini sememangnya menjadi tumpuan peminat dan salah satu pasangan ideal di kalangan artis Malaysia.

Rozita atau pun mesra dipanggil Che Ta telah pun menikahi Zain pada 13 Disember 2013. Setahun kemudian, pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan seorang cahayamata perempuan diberi nama Aaisyah Dhia Rana. Wajah comel Aaisyah menjadi buru4n semua media pada ketika itu.

Aaisyah yang kini sudahpun berusia 6 tahun membesar menjadi anak yang cukup comel, lincah dan petah berkata-kata. Gelagatnya yang suka tersengih dan tersenyum tidak ubah seperti perangai Che Ta. Apatah lagi wajahnya yang persis ayahnya Zain membuatkan Aaisyah kelihatan sangat cantik.

Menerusi akaun Instagram Azim Wahab, telah dikongsikan video Aaisyah Dhia Rana yang sedang menari dengan lagak yang comel. Part tunggu luggage tu sampai tak berkelip mata orang tengok lagak Aaisyah. Walaupun dengan menutup wajahnya dengan mask, tengok mata dah tahu dia tengah tersengih-sengih. Comel sangat !!

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/B8PM8Tvl7kY/

Aaisyah yang sekarang sedang bercuti bersama  Che Ta dan Zain Saidin di Khazakstan bersama jurugambar mereka, Azim Wahab merakamkan memori indah mereka di sini. Pergunungan Almaty yang diliputi salji menjadikan suasana tersangat cantik apabila dirakamkan.

Ditambah lagi Aaisyah yang sememangnya fotogenik buatkan mata-mata tak lepas memandangnya. Aksi lincah Aaisyah dan senyuman manisnya tak ubah seperti pelakon kanak-kanak di dalam filem Bajrangi Bhaijaan, Harshaali Malhotra ketika berlari-lari di atas salji.

Amboi Aaisyah syok betul tengok gaya si comel ni menari. Mata tu pun nampak macam tersenyum sama. Comel sangatlah vogue macam mamanya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aaisyah membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang berguna untuk kedua ibu bapanya.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azim Wahab, IG Rozita Che Wan by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak