Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawak la Kamal ni, kita yang dengar ni pun asyik ketawa je.. ” – Netizen

Video Throwback Raya Ketika Kamal Adli Bersalaman Dan Bercakap Dalam Loghat Kelantan Buat Peminat Terhibur. Alamak Loghat Apa Yang Keluar Ni Kamal. Lain Macam Betul Bunyinya, Haha !!

Syawal sudah pun memasuki hari yang ke 11 dan pelbagai kenangan manis dirasai oleh semua termasuklah keluarga selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Sekali lagi, pasangan ini meraikan Syawal bersama keluarga dan ianya sungguh meriah.

Meninjau akaun Instagram Qasha.kamal ( akaun kelab peminat Uqasha dan Kamal ) , telah dikongsikan video throwback yang memaparkan gelagat lucu Kamal ketika bersama keluarga Uqasha di pagi raya.

Sedondon semuanya mengenakan busana raya berwarna maroon, salah seorang ahli keluarga ini merakamkan moment ketika sesi bersalaman bersama seluruh ahli keluarga. Bila orang Pahang cuba bercakap loghat Kelantan, ini lah jadinya, hehe.

Kedengaran Kamal cuba berbual dalam loghat Kelantan namun ianya kedengaran pel1k sekali. Alahai macam orang Perak pun adalah Kamal, lucu betul. Sebutannya lebih ‘ pekat ‘ daripada anak jati Kelantan, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Ratusan komen telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Lawak la kamal hahahahahah…. Kena banyak berguru dengan wife lagi tu kamal…. hahahahhahaahah.. “

” Kita yang asal Kelantan pun tak faham Kamal kecek gapo haha.. Dah macam orang Perak belah Parit bercakap tu haha.. “

” Saya orang kedah selalu jugak kecek Kelate.. ank pun pulun gelak kawe tngok kamal kene mandi budu baru lancar.. “

” Lawak la kamal ni.. kita yg dengar ni pun asyik ketawa jer.. rasa terhibur pulak.. hahahaha.. “

” Memang tak boleh lah dengan Kamal ni. Tak pernah tak lawak Kamal Adli ni.. pen4t ketawa dengar Kamal bercakap Kelantan.. “

Kamal Kamal, ada sahaja ideanya hendak berjenaka. Manalah Uqasha tidak happy apabila bersama Kamal, jenis pak lawak Kamal ini. Kaum keluarga pun terhibur dengan telatah Kamal yang ‘masuk air’ itu.

Apa-apa pun, Aidilfitri tahun ini pasti bermakna untuk Kamal dan Uqasha. Semoga pada tahun yang akan datang, kemeriahan ini akan berulang kembali. Semoga berbahagia selalu Kamal dan Uqasha dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Qasha.kamal, IG Senrose Sisters

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Continue Reading

Trending

Copyright © Berita Kopak