Artis / Selebriti
” Doktor kata bila-bila masa je dia boleh pengs4n even waktu dia duduk sahaja.. “
Video Ardell Aryana Yang Keletihan Dan Hampir Pengs4n Di Sebuah Pasaraya Buat Ramai R1sau Akan Keadaan Kesihatannya. Allahu, Jaga Diri Dan Kandungan Baik-Baik !!
Bermula daripada persahabatan telah berputik bibit-bibit cinta sehinggalah pasangan selebriti ini iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana membuat keputusan untuk berkahwin dan hidup bersama. Nadzmi merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan model manakala Ardell merupakan seorang pelakon.
Nadzmi sah menjadi suami kepada Ardell pada 1 September 2019 dan pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Ardell. Kini, Ardell sedang mengandungkan anak sulung mereka dan ramai peminat begitu gembira dengan perkhabaran ini.
Umum mengetahui, Ardell pernah disahkan mengh1dap k4nser tahap 3 pada lewat Jun 2018 sehingga beliau membuat keputusan untuk berhenti dalam bidang lakonan. Namun kini kesihatannya sudah semakin pulih dan beliau menumpukan kepada perniagaan yang diceburinya.
Menerusi akaun Instagram, satu video Ardell yang sedang duduk di lantai dalam sebuah pasaraya telah dikongsikan oleh suaminya, Nadzmi Adhwa. Menurut Nadzmi, Ardell bila-bila masa sahaja boleh pengs4n walaupun dalam keadaan duduk. Ini kerana Ardell tidak boleh berjalan jauh dalam tempoh yang lama.
Namun kerana semangat Ardell untuk berjalan 2 km sehari, beliau menolak untuk menggunakan kerusi roda. Tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/B8xkJ9UHBA6/
Rata-rata netizen berdoa semoga Ardell diberi kekuatan untuk terus sihat sepanjang tempoh mengandung ini. Antara komen-komen mereka :
” Kalau memudaratkan utk ibu n baby, ada baiknya ikut nasihat doc ye ardel.. apa2 pun korang lebih tau keadaan diri masing2.. moga Allah selalu mudahkan hari2 korang take good care.. “
” Stay strong, dik…. jaga kesihatan tu … ikut nasihat doc… Moga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan & kesihatan yg baik buatmu dlm apa jua keadaan.. “
” Byk kn istifar kuat kn semangat n tabahkn hati ye.. sy pn pnh lalui mcm ni thn lps.. “
” Besar betul perg0rbanan seorang ibu tetap kuat untk baby dalam perut .. “
” Ya Allah, permudahkanlah urusan pasangan ini. aamiin.. “
Setiap wanita mengandung mengalami pengalaman kesihatan yang berbeza-beza. Semoga Ardell dan bayi dalam kandungannya terus kuat dalam melalui tempoh mengandung ini. Jaga kesihatan dan diharapkan segala urusan dipermudahkan sehingga melahirkan cahaya mata.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 years ago
” Perlu ke buat muka macho macam tu Eidrees ? “
-
Artis / Selebriti5 years ago
” Why mummy, abang je ke ? Alisa pun lapar ni.. “
-
Artis / Selebriti5 years ago
” Macam kenal jer ‘sahabat’ tu.. “
-
Artis / Selebriti5 years ago
” Confirm ada crusshh setiap bl0k sekolah masa ni. Cantik dulu kini selamanya gitchewww.. “
-
Artis / Selebriti5 years ago
” Cantik sangat anak dara, senyum dah macam kak Abby.. “
-
Artis / Selebriti5 years ago
” Pakai akai la sikit send video macam ni kat aku.. “
-
Artis / Selebriti5 years ago
” Azlee Khairi macam dah give up je. Hari tu cakap ‘nak hidup dengan awak di luar lokasi’.. “
-
Artis / Selebriti2 years ago
” Boleh lah lepas ni Fahrin dan Uyaina jadi hos Jalan-Jalan Cari Makan, haha.. ” – Netizen