Connect with us

Artis / Selebriti

” Abam rasa Bocey orang dah tak pandang, dah jemu. Sebab tu Abam asyik ulang dah la nak rehat puas-puas.. “

Kenangan Video Akhir Abam Bersama Fad Dan Achey di MLM. Rehatla Kesayangan, Perjuanganmu Sampai Di Sini Sahaja. Ramai Sayang Abam !!

Gandingan Abam, Fad dan Achey sering menggam4tkan suasana. Mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan Bocey di rancangan realiti Maharaja Lawak Mega menjadi salah satu kumpulan pilihan penonton. Januari lalu, telah berakhirnya MLM 2019 di mana Bocey berjaya memperoleh tempat ketiga.

Setelah itu, mereka mengumumkan untuk berehat dari pentas MLM. Seringkala mendapat kritikan netizen, salah seorang anggotanya Abam terkadang berasa dukacita dengan kata-kata netizen yang pernah mengatakan Bocey sudah tidak relevan lagi.

Namun semangatnya tetap kuat dan terus berjuang bersama sahabat-sahabat karibnya itu. Tanggal 10 Februari 2020 menjadi saksi Abam pergi mengadap Ilahi. Hasrat dan permintaannya untuk berehat dimakbulkan Allah. Berita kematian ini benar-benar mengej0tkan dan membuat ramai yang menitiskan airmata.

Menerusi akaun Instagram, Syaheera Arahman telah  berkongsikan sedutan video semasa kumpulan Bocey sedang bersiap ketika final MLM 2019. Abam pernah mengumumkan untuk berehat dan bersara dari memasuki MLM pada tahun berikutnya, siapa sangka kata-kata Abam benar-benar menjadi kenyataan.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Abam silap. In fact we all tunggu performance bocey everyweek in MLM. One talented group yang always come out dengan lawak yang “berisi” and good message to convey.. “

” Semuanya bagaikan mimpi.. “

” Hari ke3 dia pergi tapi nama dan kisah dia tak berhenti orang sebut.. “

” Dia bukanlah keluargaku.. Tapi first time aku nangis kerana mu Abam… Kehilangan tiada ganti… Semoga dirimu ditempatkan di golongan orang-orang beriman.. Amin… “

” Seriously, terkesan sangat walaupun tak kenal rapat, tak pernah bertentang mata. Betul kata arw4h,#kitabaikramaisayang semoga Allah bagi kekuatan luar biasa pada korang.. “

Semangat Abam tak akan pernah pudar . Jenaka dan gelak tawanya pasti akan dirindu semua. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fad dan Achey diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan Bocey dan melaksanakan amanah yang telah Abam tinggalkan. Insha Allah..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahee Rahman, IG Achey Bocey by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Trending

Copyright © Berita Kopak